Ahad, 22 November 2009
Sabtu, 21 November 2009
Jumaat, 20 November 2009
Rabu, 18 November 2009
TANDA KELAHIRAN IMAM MAHDI
Kelahiran dan Kemunculannya
(Imam Mahdi)
Imam Mahdi dikatakan lahir di Madinah, dengan maksud mula-mula zahirnya, bukan dilahirkan oleh ibunya. Di situlah beliau mula-mula dilihat dan dikesan oleh manusia. Ketika itu Allah menurunkan beberapa tanda besar sebagai isyarat bahawa Imam Mahdi sudah berada bersama-sama mereka.
Salah satu tanda itu ialah pada malam pertama Ramadan, berlaku gerhana bulan dan pada pertengahan Ramadan, berlaku pula gerhana matahari. Disebutkan pula bahawa sebelum Imam Mahdi muncul, akan berlaku dua kali gerhana bulan dalam bulan Ramadan.
Tanda-tanda lain yang menunjukkan Imam Mahdi akan segera keluar ialah naik tanduk di langit yang kelihatan seperti beberapa batang gigi. Dikatakan pula bahawa tanduk ini adalah tanduk Iblis, yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia, agar mereka segera bertaubat. Akan muncul juga komet besar yang berekor dengan cahaya yang cerah, melintasi ruang angkasa bumi, yang dapat dilihat dengan jelas di sebelah Timur.
Selain itu, api besar akan dapat dilihat di sebelah timur. Mungkin kerana kebakaran hutan yang besar, yang berlaku di kawasan berkenaan. Mungkin juga kerana rusuhan besar-besaran yang menyebabkan kebakaran besar berlaku di mana-mana di salah satu kawasan di timur ini atau mungkin juga kerana serangan bom secara besar-besaran di kawasan timur ini, yang menyebabkan berlakunya kemunculan api besar itu. Api ini akan dapat dilihat demikian selama tiga atau tujuh hari.
Selain itu, akan dapat pula dilihat langit yang menjadi gelap gelita, atau dikatakan kelam, kerana cahaya matahari dihalang oleh awan tebal yang meliputi seluruh dunia sehingga seluruh dunia bergelap kerananya.
Tanda lain adalah munculnya langit yang memancarkan warna merah, yang merahnya itu adalah merah yang berlainan sekali daripada cahaya merah yang biasa dilihat setiap hari. Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini, dan ucapannya itu dapat difahami oleh semua manusia. Tanda lain ialah sebuah kampung di Khuristan, sebuah wilayah di Syam akan tenggelam ke dalam bumi akibat gempa bumi dan rekahan yang luas.
Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami oleh setiap orang menurut bahasa masing-masing, yag datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.
Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.
Tanda yang paling besar daripada semua tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya Pemuda Bani Tamim di Timur, yang menjadi pemimpin di dunia sebelah Timur. Beliau lalu mempersiapkan segala kelengkapan untuk pemerintahan Imam Mahdi, iaitu pusat pemerintahannya di Timur itu. Kemudian beliau meluaskan empayar kekuasaan Islamnya ke wilayah-wilayah yang berhampiran dan memakai gelaran Amir Min Umarak. Selepas itu beliau meluaskan lagi empayar Islam dengan menggabungkan seluruh wilayah Khurasan ke dalam pemerintahannya. Pada masa ini beliau menggabungkan kekuatan tenteranya dengan tentera daripada Al-Haris Harras dan ditambah lagi dengan kekuatan daripada Al-Hasyimi.
Setelah itu beliau meluaskan seluruh wilayah Islamnya itu sehingga ke seluruh Tanah Arab dan Turki, dan selepas itu menyerahkan kekuasaannya yang amat luas itu kepada Imam Mahdi yang muncul di Makkah. Oleh Imam Mahdi, wilayah kekuasaannya itu dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Timur, Semenanjung Tanah Arab, Afrika dan Eropah dengan setiap satunya diperintah oleh seorang wakilnya. Imam Mahdi sendiri, buat beberapa tahun, memerintah di sebelah Tanah Arab
Sejurus sebelum peristiwa pembaiatannya, suatu pertempuran sengit akan berlaku di Ahjaruz Zait, antara pasukan tentera as-Sufyani dengan penduduk Madinah, yang menyebabkan penduduk Madinah menderita teruk dan
Tanpa disengajakan, tujuh orang pemimpin utama manusia, setiap seorangnya diikuti oleh tiga ratus pengikut tiba di Makkah secara serentak. Apabila mereka bertemu, masing-masing bertanya sebab mereka datang ke Makkah, dan setiap mereka menjawab bahawa mereka masing-masing sedang mencari Imam Mahdi. Orang-orang ini terus mencari Imam Mahdi ke
Imam Mahdi yang keliru dengan keadaan ketika itu menafikan, lalu melarikan diri ke Madinah.
Di Makkah, mereka terus mencarinya lagi dan kali ini, apabila menemuinya, mereka menanyakan sama ada namanya Muhammad bin Abdullah, menanyakan nama ibunya dan juga sifat-sifatnya. Sekali lagi Imam Mahdi memberitahu mereka bahawa dia bukanlah orang yang mereka cari. Katanya mereka telah banyak memungkiri janji dan banyak pula menumpahkan darah umat Islam.
Maka pada awal malam sepuluh Muharam, kumpulan ini berjaya menemui Imam Mahdi yang ketika itu sedang menangis, menyandarkan mukanya ke Kaabah, di antara Rukun Yamani dengan Maqam Ibrahim. Pada ketika itulah dia dipaksa menerima baiat daripada mereka, sedangkan dia sendiri merasa berat hati menerimanya dan dalam keadaan yang amat terpaksa. Sejurus sebelum itu, sekumpulan jemaah haji telah memaksanya keluar dari rumahnya di Safa lalu dibawa ke Maqam Ibrahim dan dia dibaiat oleh kumpulan jemaah haji itu di situ. Dia diugut jika tidak mahu menerima baiat mereka, dia akan dipancung lehernya oleh mereka.
Ketika itulah juga Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang tidak terhingga iaitu tertanam rasa cinta dan kasih yang amat mendalam kepada Imam Mahdi ke dalam hati setiap orang Islam, lalu dia memimpin seluruh umat Islam di dunia ini. Semua umat Islam yang hidup pada waktu itu akan bersatu di bawah satu pimpinan, iaitu pimpinan Imam Mahdi. Tidak ada lagi pemimpin lain yang lebih hebat dan msyhur melainkan Imam Mahdi sahajalah satu-satunya yang mereka terima sebagai pemimpin sebenar mereka.
![]()
![]()
![]()
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahmannirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....
Isnin, 16 November 2009
KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY
Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
Hikmah Sujud
Sujud lega sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia. (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yangtidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.